Nuffang Ads

Sunday, November 24, 2013

Mengapa atau apa hebatnya FACEBOOK

Salam Sejahtera.

Mungkin Soalan ini sering bermain di fikiran kita dan kita juga sedikit pelik kenapa FACEBOOK dikaitkan dengan bisnes dan bagaimana facebook dapat membantu bisnes kita? pelik bin ajaib...facebook ni hanya medium bersosial di alam maya, photo dan video...tu jer



Ok sya terangkan kenapa?
Alexa adalah laman yg menyenaraikan laman web mengikut kedudukan daripada trafik yang tinggi hinggalah yang paling rendah mengikut negara. kita boleh memeriksanya dengan melayari Alexa.com, kemudian klik pada Top Sites By Country dan pilih Malaysia.

Seperti yang tertera FACEBOOK menduduki tangga ke-2 selepas pakcik Google..hehehe
















Menurut kajian sehingga 2011, Jumlah pengguna Facebook seramai 11.2 juta orang! dan negara Malaysia menduduki tangga ke-16 dalam senarai jumlah pengguna Facebook paling ramai di dunia (ini membuktikan rakyat Malaysia celik I.T) betul tak? Jumlah pengguna Facebook saban tahun semakin meningkat tahun demi tahun dan berdasar dari itu ia merupakan kerugian jika sesebuah bisnes tidak menggunakan Facebook kerana ia telah menjadi tempat berkumpul pengguna-pengguna Internet Malaysia. semuanya menjadi berpotensi menjadi pelanggan.

Jika:-
FACEBOOK (adalah kompleks membeli-belah)===> PENGGUNA FACEBOOK (adalah para pengunjung) dan manakala kedai-kedainya ialah terdiri daripada AKAUN FACEBOOK yang aktif jadi sekiranya kita tidak membuka akuan dan memahami atau mempelajarinya, rugilah pada kesempatan yang ada dan pengguna-pengguna FACEBOOK tidak akan mengetahui kewujudan perniagaan kita!

Ok saya ringkas seringkas-ringkasnya...untuk pemahaman semua.


  • Jumlah pengguna Facebook Malaysia meningkat naik.
  • Masa kini Media Sosial pilihan utama untuk alat pemasaran
  • PERCUMA
  • Syarikat besar pun bijak menggunakan mengapa kita TIDAK!
  • Kepelbagai Aplikasi
  • Komunikasi dua hala (boleh respon serta-merta)
  • Pasaran Global

Jadi kesimpulan besar, mengapa kita TIDAK menggunakannya ? Teruskan membaca.....



Membuat Pilihan



Nak buka Akaun FACEBOOK biasa ker atau Fan Page??

Mewujudkan Akaun Facebook untuk bisnes kita sudah tentunya merupakan langkah pertama dalam menjalankan pemasaran menerusi Facebook. Terdapat dua jenis akaun Facebook yang boleh dipilih iaitu:
  1. FACEBOOK BIASA
  2. FAN PAGE
Jum kita lihat perbezaan antara 2 jenis akaun ini?

FACEBOOK BIASA
Facebook biasa selalunya dipilih oleh individu yang mempunyai akaun Facebook bagi kegunaan peribadi. Akaun Facebook biasa mempunyai ciri-ciri privasi yang mana kita boleh menyekat pengunjung baru melihat maklumat kita yang terkandung di dalam Facebook seperti di bahagian Wall, Info, dan Friends.
   Bagi pengunjung baru yang ingin menjadi rakan Facebook kita, mereka perlu memohon dengan "Klik add Friend", setelah kita meluluskan barulah mereka menjadi rakan facebook dan berinteraksi dengan memberi komen, menghantar mesej dan sebagainya. Dari segi jumlah pula, Facebook meletakkan had sehingga 5,000 orang sahaja menjadi rakan Facebook kita.
   Dari segi terma dan syarat, akaun Facebook hanya diwakili oleh satu individu sahaja dan hendaklah diletakkan dibawah nama individu tersebut, jika pihak pengurusan Facebook mendapati terma dan syarat ini tidak dipatuhi, mereka berhak membatalkan akaun kita dan kandungan termaksuk senarai rakan-rakan Facebook akan hilang!.
  Dalam erti lata lain, penggunaan Facebook biasa untuk perniagaan merupakan satu risiko besar kerana berpotensi untuk kehilangan senarai fan yang ada dan di kalangan mereka merupakan pelanggan kita.



Akaun Fan Page

Fan Page atau Facebook Page amat sesuai untuk bisnes, Brand dan individu terkenal seperti Ahli politik, Artis atau sebarisan dengan nya.ini selari dengan terma dan syarat Facebook. Tujuan dan matlamat Fan Page membolehkan organisasi atau individu mempunyai satu bentuk yang lebih MEYAKINKAN dan MENYERLAH di Facebook. Fan Page juga bersifat mesra pengunjung kerana maklumat dalam Fan Page boleh dilihat oleh semua pengunjung walaupun mereka belum menjadi fan. nak menjadi fan hanya perlu Klik "LIKE" button jer..contoh Fan Page ADUHAI WANITA cuba klik disini.
 
 Selain itu kita boleh mengalakan penyertaan pengguna lain untuk menjadi peminat Fan Page kita dengan berkongsi maklumat dengan mereka menerusi photo, video dan sebagainya melalui Wall.
   Bermula dari Fan Page ini, kita dapat mewujudkan hubungan jangka panjang dengan pelanggan-pelanggan kita. Jumlah fan pulak, tiada had yang diletakkan oleh Facebook, ini bermakna kita boleh menambah seramai mana yang kita mahu dengan hanya menpunyai satu Fan Page sahaja. hebatkan!

Bina profil Fan Page yang menarik!
Bagaimana kita mahu membina Fan Page yang menarik? membina profil yang menarik dimaksudkan kepada kandungan yang kita masukkan ke dalam Fan page seperti maklumat kita, photo, video dan sebagainya. profil ini adalah identiti kita sendiri dan kita sedang membina identiti kita untuk perniagaan kita. apabila kita mempunyai identiti yang unik, ia akan membantu dalam membezakan bisnes kita dengan pesaing yang lain.
  Profil Fan page yang menarik adalah penting kerana memberikan pandangan pertama yang positif terhadap pengunjung.











                        


Sambung bahagian memilih nama...








No comments:

Post a Comment